Tuesday, December 21, 2010

D34 HOMESTAY


Sebuah rumah persinggahan sementara disediakan bagi kemudahan anda yang mempunyai urusan disekitar Gurun, Bedong dan Sungai Petani.

Homestay ini terbuka untuk semua orang Islam. Ia mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Kelengkapan perabot, televisyen, alatan memasak, peti sejuk dan mesin basuh disediakan. Walaupun rumah ini tidak dilengkapi penghawa dingin, tetapi pengudaraan yang baik di rumah ini menjamin keselesaan pengunjung. Hal ini kerana, rumah ini merupakan rumah lot tepi, setiap bilik mempunyai kipas syiling dan tingkap. Halaman rumah yang luas dan lapang boleh digunakan untuk beriadah atau membuat BBQ.

Lokasi rumah ini begitu strategik kerana berada dalam kawasan perindustrian serta berdekatan dengan UiTM Merbok, MRSM Merbok dan Pendang, AIMST, Kolej Komuniti, OUM, Hospital Sultan Abd Halim, Hospital Pantai dan sebagainya. Ia juga berdekatan dengan tempat membeli-belah seperti Tesco, Village Mall, Aneka dan 7-Eleven. Selain itu, lokasinya juga berdekatan dengan kawasan peranginan Gunung Jerai dan Titi Hayun.

Tempoh perjalanan dari lokasi rumah ini:
7 ELEVEN - 5 MINIT
Hospital Sultan Abdul Halim - 15 minit
Ke bandar Sungai Petani - 20 minit
Ke Petronas Fertilizer - 10 minit
Ke NPK (Nafas)- 10 minit
UiTM & MRSM Merbok - 15 minit
Pekan Bedong & Gurun - 5 minit
Bandar Alor Setar - 40 minit (H/way)
Pusat peranginan Gunung Jerai- 10 minit
Guar Chempedak - 15 minit.



Kadar harga yang diletakkan adalah berpatutan iaitu RM120 sehari. Harga bagi tempoh sewaan jangka panjang bagi kontraktor-kontraktor Petronas, Naza dan lain-lain boleh dirunding.